Bagi amali untuk tajuk pertanian persekitaran terkawal, sainpertaniansmksi aman menjalankan projek hidroponik. Dulu takung dan set hidroponik ni memang banyak dijual, tetapi sekarang dah tak jumpa pun. Setnya kita kena sediakan sendiri, beli saja takung plastik, polistrin tebal dan span tebal.
Kemudian kena beli benih dan baja. Untuk menyemai benih, beli pula medium semaian.
Kosnya:
1. takung sederhana besar RM 5.90
2. Polisrtrin RM 2.50 (untuk 3 takung)
3. Span tebal RM 2.50 (untuk 6 takung)
4. medium semaian RM 3.00/kg (3 kg cukup)
5. Benih kobis RM 5.00 (boleh dapat untuk 10 takung)
6. Baja RM 5.00 (satu set A dan B)
Kosnya tak tinggi kan, siapa2 pun boleh cuba buat di rumah.
Tuesday, April 19, 2011
Menguji Tekstur tanah dengan kaedah medan
Medan maknanya air. Apa yang dilakukan ialah campurkan sampel tanah dengan sedikit air, bentukkan menjadi rod, bebola, gegelang dan bentuk U. Kita dapat menentukan tekstur tanah dengan kaedah ini. Sama ada ia tanah pasir, kelodak atau liat. Walaubagaimanapun, kaedah ini kurang tepat . Tetapi ia boleh juga digunakan kerana kaedah ini paling mudah dan paling cepat.
Subscribe to:
Posts (Atom)