Wednesday, May 4, 2011
Apa budak2 ni buat ?? Nak kidnap pokok bunga raya tu ke? Nak buat tebusan ke? Sebenarnya ni sebahagian daripada persediaan untuk buat eksperimen fotosintesis. Pokok secara keseluruhannya hendaklah ditutup dari cahaya supaya ia tidak dapat berfotosintesis, sekurang2nya dua hari. Lebih2, mati pulak pokok ni nanti. Selepas 48 jam, dedahkan pokok, pilih beberapa daun yang segar, tutup sebahagian daun dengan kad hitam, dedahkan selama sekurang2nya 2 jam. Ini akan memberi peluang bahagian daun yang terdedah kepada matahari untuk berfotosintesis. Sebahagian yang ditutup tu sepatutnya tak boleh buat fotosintesis.
Selepas 2 jam, petik daun, rebus dalam air selama 10 minit. Oh ya, buangkan dulu kertas hitam tu, tujuan merebus ialah untuk memecahkan dinding sel, tujuan memecahkan dinding sel ialah supaya klorofil terkeluar daripada sel, tujuan klorofil keluar supaya daun menjadi warna cerah. Ish.. banyak nya tujuan.
Selepas daun di rebus, masukkan daun ke dalam tabung uji, masukkan etil alkohol sehingga menutupi paras daun, tujuannya (tujuan lagi!!) supaya klorofil ternyah, daun akan jadi warna cerah tidak lagi hijau. Tabung uji yang tahan didih ni pulak, masukkan dalam air yang rebus daun tadi... tapi ingat, padam kan api terlebih dahulu. Air panas tu, sudah cukup untuk membuat alkohol tu meruap-ruap. Jangan berani berani nak pi jenguk cecair tu dekat2.
Setelah 10 minit, larutan alkohol akan menjadi warna kehijau-hijauan. Kenapa?? ... ya, kerana disebabkan klorofil yang terkeluar daripada daun, kan klorofil tu warna hijau. Keluarkan daun, bilas bawah air paip, letakkan dalam piring petri. Titiskan larutan iodin ke atas daun. Iodin digunakan kerana ia dapat mengesan kehadiran kanji. Cuba teka, bahagian manakah yang akan menunjukkan kehadiran kanji? Ya, sudah tentulah, bahagian yang terdedah pada cahaya ada kanji, kerana bahagian itu berfotosintesis.
Kesimpulannya: cahaya diperlukan untuk fotosintesis.
Tuesday, May 3, 2011
Projek cendawan di SMKSI
Antara projek yang sedang berjalan sekarang ialah projek tanaman cendawan. Rumah cendawan yang dah lama bercendawan tu, di clearkan, di bersih cuma belum disanitasikan lagi. TUnggu atap daun siap dipasang baru nak buat sanitasi, untuk mengnyahkan kuman. Sebab cendawan ni, sensitif pada mikroorganisma yang lain. Nanti kulat lain yang tumbuh, bukan cendawan tiram kelabu sebagaimana yang dirancang
pRumah di atas di bina lebih 8 tahun yang lalu, dah reput sana sini tapi masih boleh digunakan lagi. Kali ni, untuk jimatkan kos, dinding cuma di tutup dengan net hitam sebelah luar dan guni rami di sebelah dalam. Cuma atap saja pakai atap rembia. Harga atap pun dah naik sekarang
RM 2/keping.
Di dalam kesibukan guru dan pelajar yang terlibat dengan tuisyen sampai petang, setakat ini saja lah persediaan dibuat. Minggu depan dan mid year exam, sambung mid term break, kena berhenti dulu selama sebulan baru projek dapat disambung. Mintak2 berjaya lah projek ini hendaknya, InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)