Tuesday, May 3, 2011

Projek cendawan di SMKSI

Antara projek yang sedang berjalan sekarang ialah projek tanaman cendawan. Rumah cendawan yang dah lama bercendawan tu, di clearkan, di bersih cuma belum disanitasikan lagi. TUnggu atap daun siap dipasang baru nak buat sanitasi, untuk mengnyahkan kuman. Sebab cendawan ni, sensitif pada mikroorganisma yang lain. Nanti kulat lain yang tumbuh, bukan cendawan tiram kelabu sebagaimana yang dirancang
p
Rumah di atas di bina lebih 8 tahun yang lalu, dah reput sana sini tapi masih boleh digunakan lagi. Kali ni, untuk jimatkan kos, dinding cuma di tutup dengan net hitam sebelah luar dan guni rami di sebelah dalam. Cuma atap saja pakai atap rembia. Harga atap pun dah naik sekarang
RM 2/keping.
Di dalam kesibukan guru dan pelajar yang terlibat dengan tuisyen sampai petang, setakat ini saja lah persediaan dibuat. Minggu depan dan mid year exam, sambung mid term break, kena berhenti dulu selama sebulan baru projek dapat disambung. Mintak2 berjaya lah projek ini hendaknya, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment