Hari ni cikgu sempat melawat expo HPPN . Pergi sorang2, tak da sapa nak ajak teman. Nampak biasa macam tahun2 lepas juga. setahun yang ada kelainan sikit masa buat kat laguna merbok , 2,3 tahun lepas, sebab buat pameran dalam kemah besar.. beraircond. Memang selesa. Cikgu sengaja pergi belah pagi, sebab orang tak berapa ramai, parkingpun senang sikit. Banyak yang boleh dijadikan ABM semasa mengajar sains pertanian ni. Cikgupun snap foto, sampai bateri exhausted. Rasa nak pergi lagi lah... kali ni siapa nak teman.. jum!!
 |
Kawalan kaedah biologi menggunakan burung jelapang untuk menangkap tikus di kawasan sawah |
 |
bena perang boleh jadi vektor kepada penyakit merah pada padi |
 |
satu rumah 10 pokok, kalau semua pakat2 tanam tanaman makanan, bekalan makanan pasti terjamin |
 |
pokok pisang yang dibiak melalui tisu kultur |
 |
mekanisasi ladang, jentera menanam nenas |
 |
anak pisang berangan dalam piring petri, pembiakan melalui tisu didik/kultur |
 |
pisang berangan, atau nama dagangannya pisang montel |
 |
makanan ternakan ruminan |
 |
Ini pulak jentera yang boleh digunakan untuk menanam jagung |
 |
produk dari jagung |
 |
Mesin pelerai jagung dari tongkolnya |
 |
Tanaman cendawan |
 |
pameran pelapistani daripada SMK Langgar |
 |
banyaknya aktiviti mereka |
 |
rajin sungguh... tahniah |
banyak tanaman yang mereka usahakan
 |
Landskap ke pintu masuk pameran MADA |
 |
produk berasaskan beras |
 |
Mesin penanam jagung tadi, 2 piring tu berfungsi menguak tanah dan membentuk alur untuk meletak benih jagung |
Nanti cikgu upload gambar lain2 tu, lambat la pulak upload gambar ni.
ada x gambar2 lain tentang mesin pelerai jagung tu.?
ReplyDelete