Saturday, September 24, 2011

Expo hari peladang, penternak dan nelayan peringkat Negeri Kedah.

Hari ni cikgu sempat melawat expo HPPN . Pergi sorang2, tak da sapa nak ajak teman. Nampak biasa macam tahun2 lepas juga. setahun yang ada kelainan sikit masa buat kat laguna merbok , 2,3 tahun lepas, sebab buat pameran dalam kemah besar.. beraircond. Memang selesa. Cikgu sengaja pergi belah pagi, sebab orang tak berapa ramai, parkingpun senang sikit. Banyak yang boleh dijadikan ABM semasa mengajar sains pertanian ni. Cikgupun snap foto, sampai bateri exhausted. Rasa nak pergi lagi lah... kali ni siapa nak teman.. jum!!



Kawalan kaedah biologi menggunakan burung jelapang untuk menangkap tikus di kawasan sawah

bena perang boleh jadi vektor kepada penyakit merah pada padi


satu rumah 10 pokok, kalau semua pakat2 tanam tanaman makanan, bekalan makanan pasti terjamin

pokok pisang yang dibiak melalui tisu kultur

mekanisasi ladang, jentera menanam nenas



anak pisang berangan dalam piring petri, pembiakan melalui tisu didik/kultur

pisang berangan, atau nama dagangannya pisang montel

makanan ternakan ruminan

Ini pulak jentera yang boleh digunakan untuk menanam jagung

produk dari jagung

Mesin pelerai jagung dari tongkolnya

Tanaman cendawan

pameran pelapistani daripada SMK Langgar


banyaknya aktiviti mereka

rajin sungguh... tahniah

banyak tanaman yang mereka usahakan

Landskap ke pintu masuk pameran MADA

produk berasaskan beras
Mesin penanam jagung tadi, 2 piring tu berfungsi menguak tanah dan membentuk alur untuk meletak benih jagung
Nanti cikgu upload gambar lain2 tu, lambat la pulak upload gambar ni.

1 comment:

  1. ada x gambar2 lain tentang mesin pelerai jagung tu.?

    ReplyDelete